Welcome to HalalSurf.Com Blog

Definition of Halal
The word 'halal' literally means permissible- and in translation it is usually used as lawful.
The Halal food Authority rules for halal are based on Islamic Shari'ah. Opposite to halal is haram, which means unlawful or forbidden.
It is well known in the meat trade that Muslims consume halal meat. However, at times questions are asked, what is halal? In Arabic it simply means permissible or allowed. Opposite to it is haram, which means forbidden or not allowed. Arabic is the language of Qur`an, a scripture revealed to the Holy Prophet of Islam by the Almighty Allah to be followed in its entirety by the Muslims. Now to make meat halal or permissible, an animal or poultry has to be slaughtered in a ritual way known as Zibah. To make it readily comprehended halal is somewhat like Jewish kosher and, Zibah is with some exception similar to Shechita. The Qur`an gives following underlined injunctions in chapter al-Maida 5:3.

Halal is for everybody and every living thing is bound to halal way of life. If you are non-muslim ,halal or non-halal wording is related to your daily life for what you are doing and halal lead you to better way of living with the right way. Join us for more halal informations and articles from around globe. HalalSurf.Com would not discussion in detail of Al-Quran rules of halal and haram because we are not religious expert but you can refer to Malaysian Web "JAKIM" to obtain the Islamic solution.

Thank you and hope that the readers able to understand the objective of this blog. Bear in mind, Halal and Haram is not only a food but the way you live. So, please feel free to promote HalalSurf.Com to all your friends around the world. May Allah help us for our support of HALAL meaning!

Sunday, May 17, 2009

Jakim kesan kegiatan sebar ajaran Qadiani

Berita Harian Online
Jumaat 17 April 1998 20 Zulhijah 1418
Pembaziran Merugikan Anda
--------------------------------------------------------------------------------
Click this for English Version

Jakim kesan kegiatan sebar ajaran Qadiani
KOTA KINABALU, Khamis - Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Cawangan Sabah mengesan kegiatan penyebaran ajaran Qadiani yang dipercayai bergerak aktif semula di negeri ini, terutama di ibu negeri, Sandakan dan beberapa kawasan Pantai Timur Sabah.

Kejadian terbaru yang dikesan ialah ketika sambutan Aidiladha lalu, apabila sekumpulan pengikut ajaran sesat itu melakukan solat sunat Aidiladha beramai-ramai di sebuah kawasan yang dipercayai menjadi markas Qadiani di Tawau.

Selain di Kota Kinabalu dan pantai Timur negeri ini, pengikut ajaran itu juga dikesan sedang giat menyebarkan pengaruh di kawasan pedalaman dan beberapa kawasan tertentu di negeri ini termasuk di Kota Marudu dan Pitas.

Penolong Pengarah Jakim Sabah, Mohd Radzuan Abdullah, sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati mulai daripada sekarang sekiranya didatangi oleh individu atau sekumpulan orang yang berada dalam keadaan mencurigakan serta mengajar pelajaran agama yang mengelirukan.

Dalam masa sama, orang ramai diminta segera membuat laporan kepada Jakim atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sekiranya mengesan kegiatan kumpulan itu di tempat mereka.

Difahamkan, markas ajaran Qadiani di ibu negeri dikesan terletak di Jalan Tuaran dan kedua-dua agensi agama itu sudah berjaya menggagalkan beberapa percubaan anggota kumpulan berkenaan mengadakan aktiviti di sekitar daerah ini.

Dianggarkan terdapat kira-kira 500 pengikut Qadiani yang aktif di seluruh negeri dengan majoritinya adalah rakyat tempatan.

"Kami sudah pun mengenal pasti pemimpin serta mereka yang mendalangi ajaran itu di negeri ini dan sekarang sedang mengatur strategi untuk menghalang kegiatan mereka.

"Jakim tidak akan bertolak-ansur dengan kegiatan kumpulan ajaran ini kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam," katanya kepada Berita Harian di sini hari ini.

Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1975 sudah mengisytiharkan ajaran Qadiani sebagai terkeluar daripada pegangan Islam.

Antara ciri utama ajaran itu ialah mengakui pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi dan bertaraf Rasul, serta menyangkal Nabi Muhammad sebagai rasul terakhir.

Cabang kepada ajaran yang berasal dari India itu ialah fahaman Ahmadiah, dan kedua-dua ajaran itu mempunyai pandangan bertentangan dengan akidah Islam khususnya dalam perkara berkaitan wahyu, kenabian, kelahiran Nabi Isa dan jihad.

Jakim sebelum ini menyenaraikan Qadiani sebagai salah satu daripada 49 ajaran dan tarekat sesat yang mula bertapak di negara ini dalam tempoh antara 1970 sehingga 1980.

Radzuan berkata, pihaknya dan JHEAINS terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan kumpulan itu kerana mereka kini dikesan semakin berani menyebarkan pengaruh di kalangan umat Islam di negeri ini.

Sementara itu, beliau berkata, Jakim akan menganjurkan Kursus Pemulihan Akidah Fasa II kepada 60 bekas aktivis kumpulan Arqam pada 25 Mei ini.

Menurutnya, kursus sehari yang diadakan di ibu negeri itu meliputi pelbagai aktiviti termasuk ceramah, dialog dan tayangan video.

"Kerajaan sentiasa mengikuti perkembangan semua bekas pengikut Arqam di negeri ini bagi memastikan mereka tidak kembali kepada kumpulan asal dan kursus itu adalah sebahagian daripada usaha mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat,' katanya.